Seni Mendidik Anak di Akhir Zaman
Webinar 2 jam untuk ibu bapa yang mahu mempersiapkan anak menghadapi cabaran akhir zaman dengan jiwa yang kuat, emosi yang stabil, dan hati yang dipandu nilai Al-Quran.

Anak kita bukan membesar dalam dunia yang sama macam kita dulu.
Dulu cabaran anak banyak berlaku depan mata. Sekarang, cabaran masuk dalam bilik.
Masuk melalui phone.
Masuk melalui content.
Masuk melalui kawan-kawan.
Masuk dalam cara mereka fikir, rasa dan melihat diri sendiri.
Jadi masalah sebenar bukan ibu ayah tak pandai ajar anak. Masalahnya, dunia luar juga sedang “mendidik” anak kita tanpa sedar.
Dan kalau ibu bapa tak proaktif untuk mendidik anak, anak tetap akan “dididik” oleh pihak lain.

Depan mata nampak baik, di belakang belum tentu.

Anak pandai akademik, tapi lemah prinsip.

Tahu guna teknologi, tapi tak tahu jaga diri.

Anak nampak ceria, tapi dalam hati penuh tekanan, membanding diri dan keliru identiti.

Anak ikut trend, ikut kawan, ikut content, sampai suara ibu ayah makin tenggelam.
“Macam mana sebenarnya nak didik anak zaman sekarang?”
Jangan risau.. Jom sama-sama kita kaji apa yang Al-Qur'an beritahu.
“... Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.”
Surah An-Nahl, Ayat 89

Ia adalah ruang untuk ibu ayah faham semula cara membimbing anak akhir zaman.
Bukan untuk kawal anak. Tapi untuk sediakan anak.
Supaya mereka membesar dengan nilai yang jelas, emosi yang lebih kuat dan hati yang lebih dekat dengan Allah.
Daftar Sekarang →Fahami cabaran anak hari ini, daripada content, kawan, phone, emosi dan pengaruh luar yang ibu ayah tak selalu nampak.
Anak bukan sekadar perlu disuruh. Mereka perlu difahami, didekati dan dibimbing ikut tahap umur.
Bila hubungan kuat, nasihat lebih mudah masuk. Bila hubungan renggang, teguran yang baik pun boleh jadi salah faham.
Anak kecil, anak sekolah rendah dan anak remaja tak boleh dididik dengan cara yang sama.
Bukan sekadar suruh anak mengaji, tapi jadikan Al-Quran sebagai panduan dalam cara bercakap, menegur, memujuk dan membina jiwa anak.
Matlamat kita bukan anak baik hanya bila kita tengok. Tapi anak ada prinsip walaupun di luar pengawasan kita.



Bayangkan anak anda membesar dengan prinsip yang jelas.
Bila kawan ajak buat benda salah, dia tahu kata tidak.
Bila dunia luar tarik dia ke macam-macam arah, dia masih tahu jalan pulang.
Bila dia jauh daripada mata kita, dia tetap ingat nilai yang kita tanamkan.
Dan bayangkan rumah kita sendiri jadi tempat dia rasa selamat untuk kembali.
Bukan rumah yang ditakuti, dibenci, atau dijauhi.
Tapi rumah yang penuh kasih sayang dan kebahagiaan.
Semoga dalam webinar ini anda jumpa apa yang anda cari 🤲

Perlukan rakaman kelas? Tambah RM10 sahaja.
Jangan risau. Seandainya anda dah bayar dan dah join, tetapi rasa tidak berpuas hati, kami lagi rasa berlapang hati untuk pulangkan 100% duit anda.
Syaratnya ialah mesti dalam tempoh 7 hari selepas kelas berlangsung. Hubungi admin (017-6654654).
Webinar ini sesuai untuk ibu dan ayah, terutamanya ibu ayah yang banyak berdepan dengan anak di rumah.
Sesuai. Lagi awal ibu ayah faham cara membina hubungan dan nilai dalam diri anak, lagi baik.
Masih sempat. Pendekatan dengan anak remaja perlu lebih berhikmah, lebih matang dan lebih memahami emosi mereka. Ini yang anda akan pelajari dalam webinar ni.
Anda akan dibawa terus ke group Whatsapp. Pastikan anda join terus. Segala info seterusnya akan diberikan dalam group tersebut.
Jika tak jumpa link group Whatsapp, sila cari emel dari Dakwah Digital Centre.